Nora Danish Akui Kini Sedang Menyayangi Perangai Buruk Nedim

 On Monday, July 7, 2014  

                                                   



Rasanya kita semua boleh lihat menerusi gambar-gambar yang di kongsi di laman Instagram, bahwa hubungan antara pelakon Nora Danish, 32, dan kekasihnya Nedim Nazri, semakin hari semakin bahagia.



Menurut heroin filem 'Pengantin Malam' ini, mereka masih lagi mengukuhkan keserasian dan sekarang dalam fasa menyayangi perangai-perangai buruk masing-masing.



"Saya dan Nedim sekarang, kami sama-sama sedang menerima dan menyayangi perangai buruk masing-masing. Sebab tak cukup dengan hanya sifat yang baik-baik saja, kami juga perlu tahu dan terima apa yang buruk.



"Dia kena terima perangai buruk saya dan saya pun sedang menerima perangai buruk dia. Dari situlah ikatan kami boleh semakin kukuh. InsyaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan jodoh kami ", kata Nora sambil tersenyum ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anjjuran Air Asia dan Air Asia X, bertempat di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.



Tambahnya lagi, dia berharap agar para peminat terus mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.- MD

View the original article here

Nora Danish Akui Kini Sedang Menyayangi Perangai Buruk Nedim 4.5 5 Qoys Monday, July 7, 2014                                                     Rasanya kita semua boleh lihat menerusi gambar-gambar yang di kongsi di laman Instagram,...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...