BERHIJAB HANYA UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH AGAMA PADA BULAN RAMADHAN - ZIANA ZAIN

 On Monday, July 7, 2014  

                                               
X BERHIJAB HANYA UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH AGAMA PADA BULAN RAMADHAN - ZIANA ZAIN



BERHIJAB HANYA UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH AGAMA PADA BULAN RAMADHAN - ZIANA ZAIN | KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Sejak tersiarnya gambar Ziana Zain berhijab seperti yang dimuatnaik di dalam laman instagram peribadinya, ramai yang tertanya-tanya adakah diva pop itu sudah pun berhijrah atau sebaliknya?



Namun, menerusi kirim SMS yang dihantar kepada wakil hlive!, Ziana Zain memberitahu bahawa sudah menjadi kelaziman untuknya berhijab apabila menghantar anak-anak ke sekolah agama demi menghormati bulan Ramadan.



"Inilah pesanan yang sering diterapkan oleh ibu saya Puan Robiah atau Mak Jah. Pakailah hijab demi menghormati bulan Ramadan," kata Ziana Zain mengenai pesanan ibunya itu.



Portal Murai berharap dengan penjelasan daripada kakak Anuar Zain ini, semua pembaca serta peminat tegar Ziana Zain akan lebih jelas dengan gambar hijab Ziana Zain yang sudah pun tersebar luas di laman sosial.



Dalam pada itu, Ziana Zain akui reda apabila konsert I AM Ziana Zain telah pun dibatalkan kerana pihak penganjurnya berdepan dengan masalah dalaman.

View the original article here

BERHIJAB HANYA UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH AGAMA PADA BULAN RAMADHAN - ZIANA ZAIN 4.5 5 Qoys Monday, July 7, 2014                                                 X  BERHIJAB HANYA UNTUK HANTAR ANAK KE SEKOLAH AGAMA PADA BULAN RAMADHAN - ZIANA ZAIN BERHIJ...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...